Friday, August 26, 2011

SNOW ALMOND

Bahan A

110 gm mentega
1/2 sudu besar shortening
50 gm gula kastor
1/2 sudu kecil esen kopi
1/2 biji kuning telur

Bahan B

110 gm tepung gandum
25 gm nestum ( kisar)
1 sudu besar coffeemate
35 gm tepung ubi
20 gm serbuk badam
Bahan Hiasan
serbuk roti putih ( breadcrumb )
coklat masakan

Cara-cara :-
  1. Pukul mentega,gula kastor dan shortening sehingga sebati.
  2. Masukkan esen kopi dan kuning telur.Gaul rata.
  3. Satukan kesemua Bahan B dan masukkan ke dalam adunan Bahan A. Sedikit demi sedikit dan ratakan.
  4. Uli dan canai doh.Kemudian terapkan.
  5. Bakar pada suhu 175'C selama 20 minit.
  6. Setelah sejuk,celupkan ke dalam coklat masakan.selepas itu,golekkan pula kedalam serbuk roti putih.
  7. Hidangkan....

Thursday, August 11, 2011

Bubur Lambuk Ayam

 
 
Beras 300 gram (g)

Bahan A
Kayu manis 2g
Serbuk lada putih 3g
Bunga lawang 2g
Bunga cengkih 2g
Santan 80ml
Buah pelaga 2g
Sedikit garam
Sedikit gula

Bahan B
Bawang merah 30g
Bawang putih 15g
Bawang goreng 20g
Halia 10g
Daun Sup/daun bawang 20g

Bahan C
Serbuk jintan manis 5g
Isi Ayam 400g
Serbuk jintan putih 5g
Minyak sapi 100ml
serbuk ketumbar 5g

Cara menyediakannya :
Panaskan minyak sapi dan tumis bahan A sampai naik bau.
Masukkan bahan B sampai pecah minyak, kemudian masukkan bahan C.
Masukkan isi ayam dan gaul rata.
Masukkan air dan beras. Masak sampai beras hancur.
Setelah hancur masukkan santan, garam dan gula
Taburkan bawang goreng dan daun sup/bawang



Tuesday, August 2, 2011

Puasa Time !!!!

Bulan Ramadhan merupakan bulan yg mempunyai byk kelebihannya.Apa lagi mari kita sama-sama mengejar pahala. Semoga 1 bulan penuh ini kita mendapat kekuatan dan kesihatan dlm menjalankan ibadat puasa.

" SELAMAT MENUNAIKAN IBADAT PUASA "


Friday, July 1, 2011

Kursus Team Building ( 25.6.11 - 27.6.11 )

Bila dpt email kena pie KURSUS.. menggigil kaki ku.Paham2 jerk laaa 3 hari 2 mlm kena tinggalkan hero-hero malaya ku.
Al-hamdullilah dlm list peserta ada jugak yg aku kenal.
Kursus bermula 25hb Jun 2011 sehingga 27hb Jun 2011 di Bukit Gambang Resort City, Kuantan.
Seperti biasa my handsome husband hantar ke opis..
Agak berat hati nak pie
Tapi bila dah gie...
Aku rasa sgt2 seronok...
Saat2 yg aku xkan lupakan sepanjang hidupku..
dapat kumpulan yg terdiri dr 10 org yg bergelar MAK OK JER ( MOJ).. Shah selaku ketua kumpulan yg mencadangkan nama itu. Ok gak dari yg lain..

Dalam kumpulan tu aku hanya kenal Kak Sheila & Kak Netty jerk tapi Al-hamdullilah dgn cara begini aku dapat kenal diantara satu sama lain.
Aktiviti flying fox,sky trail ,paintball & berakit di tasik yg tak dpt aku join kerna ada sebab2 tertentu.Walau apa2 pun aku tetap sokong kumpulan MOJ .Masih aku xdapat lupakan mcm mana seronoknya KAMI...

bak kata pepatah : kita umpama ice berg dilautan, nampak kecil diatas tapi sebenarnya besar dibahagian bawah laut..Mari kita renung-renungkan..



Friday, June 10, 2011

Family Trip ( Avillion PD ) 3.6.11-5.6.11

So here is the entry for our short escapade in PORT DICKSON !... and yeap ! its AVILLION PD !

This is the scnery near the reception area.While waiting for hubby to park the car, im snapping away...

 
 
Once check-in,we were escourted to our premium water chalet.

we went out for a walk.. snapping around the area... truth is,this place is soooo relaxing!!!!

 There is SPA ..AVISPA.. mmg best .. you must booking first kalau tak fully booked!.. harganya dari RM300.00 . bila dah buat lega & hilang stress..

 Owhhh they have this PEACOCK .. its runs wildly around the area.. susah nak take picture..siap main kerja-kerja lagi..hikhikhik

tgk tu tak habis2 main PSP dia..

Get ready to swim.. seronoknya..

Tak tahan tgk makanan ...so my diet pun cuti gak.. hikhikhik

 tgk tu anak PSP, Ayahnya Tab.. nasib baik Ummi nya tak join sekali dgn Ipad2 yg baru beli tu.. hikhikhik

Karaoke time... Haziq dgn lagunya Taubat ( Wali Band)

Huhuhuhu... masa utk balik.. Insya-allah kalau ada rezeki kita holiday sini lagi.. mg best stay kat sini.

Monday, June 6, 2011

Cappucino Cheese Cupcake

Bahan-Bahan

300gm mentega
250gm gula perang
5 biji telur
1 sudu besar susu pekat
200gm susu segar
60gm serbuk koko
300gm tepung naik sendiri

Atasan Keju ( Cheese )

100gm krim keju
1 sudu kecil esen vanila
60gm gula ising
1 biji telur

Taburan ( Hiasan)

Serbuk koko
Gula ising

Cara-Cara

Panaskan ketuhar 170'C dan sediakan acuan kek yang telah dialas dengan cawan kertas.

Putarkan mentega dan gula perang sehingga gebu,lebih kurang 3 minit.

Masukkan telur satu persatu.Masukkan susu pekat.

Masukkan tepung berselang seli dengan susu segar.

Masukkan ke dalam cawan kertas dan bakar selama 20 minit.

Keluarkan kek dan sudukan 1/2 sudu besar adunan Cheese ke atas kek tersebut dan masukkan ke dalam ketuhar semula dan bakar selama 15 minit.

Keluarkan dari ketuhar ,sejukkan atas jaringan selama 10 minit.

Ayakkan gula ising dan serbuk koko ke atas kek tersebut.

Thursday, May 12, 2011

Tiramisu ( Simple )

Bahan-bahan ( 8 org atau lebih )
1 biji sponge kek atau apa-apa kek
250ml whipping cream
200ml cream cheese
1/2 cawan gula halus
1 cawan air panas ( nak bancuh nescafe )
1 sudu makan serbuk nescafe
serbuh koko untuk hiasan

Cara-cara
1- Bancuhkan nescafe dengan 1 cawan air panas tadi.
2- Satukan gula,cream cheese dan whipping cream.
3- Pukul adunan tadi sampai kembang dan gebu.
4- Potong kek pada 3 bahagian.
5- Susun 1 bahagian dalam bekas.
6- Tuangkan 1/3 bahagian bancuhan nescafe ke atas kek.
7- Sapukan 1/3 bahagian adunan whipping cream + cream cheese tadi atas kek.
8- Susun lagi bahagian yang selebihnya.
9- Ulang sampai habis kemudian tutup dengan cling film dan simpan dalam fridge sebentar.
10- Hiaskan dengan serbuk koko bila masa nak menghidangkannya.

SELAMAT MENCUBA YA !!!!!...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...