Friday, August 26, 2011

GREENLACE COOKIES

Bahan A

120gm butter
20 gm shortening
80 gm gula kastor

Bahan B

180 gm tepung gandum
30 gm tepung honkwee
1/4 sudu teh baking powder
1/4 sudu teh garam
30 gm biskut marie ( blend )
20 gm gajus dibakar ( blend )
pewarna hijau

Hiasan : Coklat putih & colour rice

Cara-cara ;-
  1. Sebatikan semua bahan A sehingga sebati.
  2. Masukkan semua bahan B dan adun menjadi doh yg lembut.
  3. Canai,terap & bakar
  4. Hiaskan dgn coklat putih dan taburkan dgn colour rice.

SNOW ALMOND

Bahan A

110 gm mentega
1/2 sudu besar shortening
50 gm gula kastor
1/2 sudu kecil esen kopi
1/2 biji kuning telur

Bahan B

110 gm tepung gandum
25 gm nestum ( kisar)
1 sudu besar coffeemate
35 gm tepung ubi
20 gm serbuk badam
Bahan Hiasan
serbuk roti putih ( breadcrumb )
coklat masakan

Cara-cara :-
  1. Pukul mentega,gula kastor dan shortening sehingga sebati.
  2. Masukkan esen kopi dan kuning telur.Gaul rata.
  3. Satukan kesemua Bahan B dan masukkan ke dalam adunan Bahan A. Sedikit demi sedikit dan ratakan.
  4. Uli dan canai doh.Kemudian terapkan.
  5. Bakar pada suhu 175'C selama 20 minit.
  6. Setelah sejuk,celupkan ke dalam coklat masakan.selepas itu,golekkan pula kedalam serbuk roti putih.
  7. Hidangkan....

Thursday, August 11, 2011

Bubur Lambuk Ayam

 
 
Beras 300 gram (g)

Bahan A
Kayu manis 2g
Serbuk lada putih 3g
Bunga lawang 2g
Bunga cengkih 2g
Santan 80ml
Buah pelaga 2g
Sedikit garam
Sedikit gula

Bahan B
Bawang merah 30g
Bawang putih 15g
Bawang goreng 20g
Halia 10g
Daun Sup/daun bawang 20g

Bahan C
Serbuk jintan manis 5g
Isi Ayam 400g
Serbuk jintan putih 5g
Minyak sapi 100ml
serbuk ketumbar 5g

Cara menyediakannya :
Panaskan minyak sapi dan tumis bahan A sampai naik bau.
Masukkan bahan B sampai pecah minyak, kemudian masukkan bahan C.
Masukkan isi ayam dan gaul rata.
Masukkan air dan beras. Masak sampai beras hancur.
Setelah hancur masukkan santan, garam dan gula
Taburkan bawang goreng dan daun sup/bawang



Tuesday, August 2, 2011

Puasa Time !!!!

Bulan Ramadhan merupakan bulan yg mempunyai byk kelebihannya.Apa lagi mari kita sama-sama mengejar pahala. Semoga 1 bulan penuh ini kita mendapat kekuatan dan kesihatan dlm menjalankan ibadat puasa.

" SELAMAT MENUNAIKAN IBADAT PUASA "


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...