Tempahan utk hari kekasih.. tempahan sebanyak 50 pcs.. Last minute order.. nasib balik sempat buat.. mekacih yer.
Sunday, February 14, 2010
Tempahan utk hari kekasih
Tempahan utk hari kekasih.. tempahan sebanyak 50 pcs.. Last minute order.. nasib balik sempat buat.. mekacih yer.
Monday, February 1, 2010
Family Trip ( The Legend International Water Homes PD ) 29.12.09-1.1.10
The Legend International Water Homes adalah tempat percutian yang menarik di Port Dickson.Nasib baik ada bilik yg kosong lagi, maklumlah hari Natal ramai yg cuti.itu pun I booking dlm 2 bulan..Kami sekeluarga sgt lah enjoy sekali. Yang best nya di sini setiap bilik ada pool nya sendiri.. so bila2 nak mandi pun boleh .. lepas my prince Haziq tidur ..kamilah pulak yg berenang sehingga pukul 1.00 pagi .. romantik lah konon..hikhikhik.. Kalau yg nak berbulan madu pun boleh jugak.. Yang penting kita enjoy..
Monday, April 20, 2009
Bersyukurlah
"Jika kita naik kereta, bersyukurlah kerana ada insan lain yang naik motor, jika kita naik motor, bersyukurlah kerana ada insan lain yang naik basikal, jika kita naik basikal, bersyukurlah kerana ada insan lain yang berjalan kaki, jika kita jalan kaki, bersyukurlah kerana ada insan lain yang tidak punya kaki"
Mengapa insan sering memikirkan kelebihan orang lain berbanding dengan kelebihan diri sendiri ? Sedangkan 'kelebihan diri sendiri' itulah yang boleh mendidik diri kita untuk menjadi insan yang bersyukur dan meredhai takdir. Mungkin kita lupa tentang kejadian alam yang ‘sementara’ ini sehingga kita lupa tentang erti ‘alam barzakh’, ‘kiamat’, dan ‘akhirat’ yang akan menyimpan jasad kita kekal kelak. Sehingga kita mengejar nikmat dunia berlebih-lebih lalu lupa bahawa nikmat Allah SWT jauh lebih besar dari apa yang kita bayangkan. Rumah ? kereta ? duit ? jenama ? pangkat ? itu semua sementara saja dan mungkin juga itu akan membawa kita kekal ke dalam neraka jika tidak pernah mengucapkan ‘SYUKUR ALHAMDULILLAH’ dengan apa yang telah dikurniakan kepada kita.
Sesekali kita lihat pada diri kita, Pernahkah kita bersyukur dengan apa yang kita ada sedangkan kita boleh lena dengan selesa, makan dan minum tidak pernah putus, pakaian yang lengkap, dan perlindungan yang selamat ? Tidakkah kita merasa bertuah kerana banyak perkara kita telah ‘rasa’ di dunia ini jika hendak dibandingkan dengan orang lain ? Mungkin bagi kita kecil apabila kita ‘diINSAFkan’ dengan nasib malang yang menimpa bumi Palestine, Kosovo, Bosnia, Pakistan, Myanmar, Vietnam, Filipina dan lain-lain apabila disentuh soal penindasan, peperangan, kurang upaya, nasib malang, kelaparan, miskin, teraniaya, penderitaan dan sebagainya. Tidakkah dengan hal begini kita boleh memikirkan bahawa kita bertuah tinggal di Malaysia yang aman damai tanpa sebarang peperangan ? Bukankah mereka juga layak mendapat ‘hak’ untuk hidup selesa dan tenang seperti kita ?
Itu menyentuh soal ‘secubit’ nasib malang dari negara lain untuk membandingkan dengan kelebihan yang kita ada. Jika dilihat dari kejadian yang berlaku dalam Negara kita, kita hanya berdepan dengan kejadian-kejadian yang kecil saja iaitu stress seharian dalam persekolahan, pekerjaan ataupun perkahwinan. Ini juga sering dikaitkan dengan ‘tak ada masalah, nak cari masalah’. Hal-hal kecil boleh diselesaikan dengan baik tetapi sering diperbesar-besarkan terutamanya dalam perhubungan. Hal ini berlaku kerana tiada nilai-nilai kesyukuran dalam diri masing-masing yang mana sering mengejar sesuatu yang lebih baik dari apa yang dimiliki. Bila hal ini wujud, tanpa sedar sesuatu perhubungan akan sering berhadapan dengan pergaduhan kerana tidak mempunyai persefahaman antara satu dengan yang lain. Mulalah jadi ‘seperti kucing dengan anjing’, tapi zaman sekarang anjing dan kucing pun dah mula berkawan kan ? manusia sesama manusia pula nak bercakaran.. Heran !
Tidak salah jika kita meningkatkan keselesaan diri Cuma biarlah hal itu dalam redha Allah SWT atau dengan kata lainnya ‘tidak melebihi batasan’ atau ‘memudaratkan’. Boleh juga kaitkan hal ini dengan ‘ukur baju biarlah di badan sendiri’. Individu yang sentiasa tidak bersyukur dengan pemberian Allah SWT sering dikaitkan dengan individu yang sentiasa memenangkan nafsu mereka kerana nafsu dicipta untuk melahirkan kemahuan kita yang tidak pernah puas, manakala akal pula untuk kita memikirkan tentang baik dan buruk sesuatu tindakan yang kita lakukan dan fungsi iman pula bertugas untuk mengawal ‘kemahuan’ kita. Secara ringkas, orang yang tidak pernah bersyukur adalah individu yang ‘kuat nafsu’ (yang sentiasa mencari keseronokkan) manakala bagi individu yang sentiasa bersyukur adalah individu yang beriman.
Ingat ! jika kita boleh membataskan kemahuan kita dan bersyukur dengan apa yang Allah SWT berikan buat kita, maka kita akan mula mengenal dan merasa erti ketenangan dan kebahagiaan. Kalau tak percaya… cubalah !

Monday, January 12, 2009
Hantaran Nurul & Hasrul

Hantaran yg di tempah oleh Nurul & Hasrul
Hantaran sangkar nie ada rumit sikit nak buat.Mesti buat dgn teliti.. .. Khas utk anak buahku.. :-P
Tuesday, December 9, 2008
Pengorbanan Ibu
Seorang Ibu
Tak pernah merasa lelah
Dalam memelihara
Dan mendidik anak-anak
Walaupun berapa jumlahnya
Hati Ibu tetap tulus
Kerana bagi Ibu
Anak-anak adalah anugerah
Dari Tuhan
Untuk mensyukuri dan
Disayangi
Untuk sepanjang waktu
Dan untuk selamanya
Hati Ibu terus tabah
Dan mendoakan anak-anak
Hidup bahagia dan berjaya
Kerana demikianlah Ibu
Yang selayaknya dikenang
Oleh anak-anak
Setiap ketika......
Tak pernah merasa lelah
Dalam memelihara
Dan mendidik anak-anak
Walaupun berapa jumlahnya
Hati Ibu tetap tulus
Kerana bagi Ibu
Anak-anak adalah anugerah
Dari Tuhan
Untuk mensyukuri dan
Disayangi
Untuk sepanjang waktu
Dan untuk selamanya
Hati Ibu terus tabah
Dan mendoakan anak-anak
Hidup bahagia dan berjaya
Kerana demikianlah Ibu
Yang selayaknya dikenang
Oleh anak-anak
Setiap ketika......
Saturday, June 28, 2008
Thursday, March 13, 2008
Subscribe to:
Posts (Atom)