Tuesday, March 29, 2011

C.I.N.T.A

Ada cinta yang agung antara hamba dan Tuhannya.Cinta kudus antara ibu dan anaknya.Ada cinta yang setia.Ada cinta kasih antara teruna dan dara.

Ada cinta persaudaraan yang tiada bandingannya.Ada cinta sesama makhluk yang begitu mulia dan cinta dikatakan hampiri tidak memilih usia.Ia juga tidak mengira rona bangsa.Tidak ada miskin kaya dalam kamus cinta

Justeru
,CINTA dikatakan sesuatu yg cukup luar biasa dalam cakerawala hidup setia jiwa.

Idaman kalbu....
Pengubat RINDU ....

Antara Rasa Dan Kenyataan

Bismillah.....

Yatie memulakan tulisan ini dengan izin dari Allah SWT.. Mungkin tulisan ini lain ceritanya dengan yang lain tetapi akar umbinya tetap sama iaitu ku lihat dan ku rasa dari pengalaman ku sendiri..

Sering kali peristiwa itu menjadi tanda tanya kepada ku.. Mungkinkah segala rasa dan kenyataan itu berbeza bagi setiap manusia ? Sehingga menjadi satu tabiat dan sikap yang membentuk seorang insan untuk menjadi lebih peka dan afdal kepada kehidupannya... Atau mungkin kehadiran keyakinan yang rendah untuk memiliki kesempurnaan diri ? Atau juga langsung tidak mahu mengubah apa-apa kerana takut untuk berhadapan dengan kenyataan ?

Entahlah... Walau apa pun persoalan yang dilontarkan.. Hakikatnya inilah kehidupan yang terpaksa kita tempuhi dalam kerendahan keredhaan dalam diri.

Rasa ? Sering dikaitkan dengan sesuatu yang tidak bisa kita lihat tetapi hanya bisa disentuh oleh hati dan perasaan. Lalu kita cuba ungkapkan ia dengan belaian dan kata-kata.. Namun ciptaan Allah SWT pada 'rasa' itu lebih besar dari segala perbuatan sekalipun dibina segah Taj mahal untuk menggambarkan betapa hebatnya 'rasa'.

Kita takkan bisa melihat ajaibnya 'rasa' jika kita tidak hadir dalam semangat jiwa kita sendiri untuk meluahkan segalanya dalam bentuk sebulat perbuatan baik kata-kata mahupun sentuhan. Bagiku, insan yang hidup dalam jiwanya adalah insan yang menikmati seluruh hidupnya dengan penuh erti dan makna. Syurga itu ada kekal di sana (akhirat) tapi 'rasa' akan menemukan kita dengan hembusan angin syurga di sini (dunia), dengan keikhlasan yang ada di hati.

Keadaan akan jadi berbeza jika insan yang hidup dalam karektor lahiriahnya yang hanya berpandukan pandangan sosial semata-mata.. Mungkin memuaskan hati semua orang tapi bukan hatinya sendiri dan sesat dalam perjalanan hidupnya sendiri kerana terlalu banyak tanda tanya yang tiada berpenghujung dan tiada jawapan ikhlas yang nyata.. Mungkin yang ada cuma lakonan lahiriah dan watak kenyataan semata-mata. Apa Akhirnya ? Mungkin juga cuma tinggal simpati dan kata takziah ! Erm.... Kemudian hati akan berbisik "bersyukur pada apa yang ada". Jadi apa guna akal yang tiada batasan ? Apa guna Tuhan cipta tulang empat kerat ? Apakah segala kata-kata redha yang tiada keikhlasan itu terus-menerus akan keluar ?

Kita mungkin takkan membuka mata jika belum kenal buku dan ruasnya. Tapi bila dah kena batang hidung sendiri, ketika itu pula wujud persepsi kotor.. Contohnya "Biarlah ini terjadi.. Hanya Tuhan saja yang membalas segala kejahatan" paling tidak pun "Hari ni hari aku, ada juga hari kau nanti". Rentetan dari cerita itu, kita seolah-olah menyerah pada Tuhan untuk menghukum segala kejadian sedangkan itu semua berpunca dan bermula dari sebarang 'persoalan' yang kita timbulkan.. Bagus ! Inilah org tua-tua cakap "menepuk air di dulang terkena muka sendiri", kalau dah sendiri yang mula kenapa tidak sendiri yang menghabiskan ??

Itu adalah kenyataan yang apa saja rasanya baik manis, pahit, tawar, asam ataupun masin.. Kita kena terima dan tempuhi juga.. Kerana ini adalah hidup yang takan ada sempurnanya tapi sesungguhnya kita mampu membuatkan ia secukup rasa..

Saturday, March 26, 2011

APAM POLKADOT



BAHAN-BAHAN ( 50 biji papercup medium )

3 biji telur-dari peti sejuk(gred A)
275 gm tepung gandum
220 gm gula halus
150 ml susu segar@susu cair
3 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovalette
filling-blueberry@strawberry@apa2 ikut citarasa
pewarna

CARA-CARA
1) Pukul telur putih sampai kembang

2) Kemudian masukkan ovelette, kuning telur dan esen vanilla - pukul sampai kembang lagi.

3) Pastu masukkan gula..pukul sampai kembang lagi.\

4) Masukkan tepung + baking powder selang seli dengan susu (masa ni kacau dengan senduk je.. bukan  dengan mixer.

5) Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan titiskan pewarna

6) Masukkan setiap warna dlm piping bag @ plastik bersih

7) picit adunan ke dalam mangkuk kertas

8) Letakkan inti - nak senang masuk dlm plastik pastu picit

9) Picitkan lagi adunan yang sama sehingga penuh = kemudian dot-dot kan dengan warna pilihan

10) Kukus 10-15 minit.

Thursday, March 24, 2011

MACAROON


Nak tunjukkan bagaimana nak buat macaroons. Rupanyer ramai juga peminat macaroon kat luar sana... walaupun macaroon ni manis tapi ada juga yg berkenan, tapi mmg betul walaupun macaroon ni manis tapi sedap tau! tak caya cuba buat... sebab apa tau ia ada rasa almond tu yg seronok aje makan pulak bila kita letak filling coklat... mmg feeling abis lah!

Sebenarnyer mira ni pun bukannyer pandai sangat nak mengajar buat macaroon ni..try buat macaroon yg paling mudah dan simple... harap2 lepas ni menjadilah ye!

Beberapa step membuatnyer..supaya lebih mudah,mula-mula kita tgk bahan-bahan yg diperlukan.

Sebelum kita nak mulakan untuk membuat pastikan semua bahan dlm keadaan kering. Serbuk almond tu pastikan dalam keadaan kering. Kalau ia macam lembab aje kita keringkan sekejap dalam oven, tapi jangan sampai terhangus pulak. Ok kalau takut terhangus jemur sekejap kat bawah matahari biar ia kering.

MACAROON

80g putih telur-suhu bilik anggaran 2 biji jika gred A
65g gula castor
80g serbuk almond
140g gula icing
perwarna

Ok utk perwarna pulak,kali ini guna yg serbuk lebih mudah! kang takut kalau guna yg jenis cair tu kang ada pulak yg tercurah lebih dan cair pulak adunan tu...... utk selamat kita guna yg serbuk.

Sebelum mula,kita sediakan dulang pembakar terlebih dahulu. Alas dulang pembakar dgn kertas minyak. Ambil duit syiling 20 sen dan lukis atas kertas minyak dan jarakkan setiap satu sebanyak 3cm.Terbalikkan kertas dan letak atas tray atau dulang pembakar. Ketepikan. Yang paling mudah kalau kita guna baking paper lebih mudah utk tanggalkan macaroon tu. Kalau guna kertas minyak,bila macaroon dah masak nanti lepas keluar oven terus pancit dgn air belakang kertas minyak. Biar sekejap nanti macaroon tu mudah tanggal.Hati-hati yer jgn sampai tercedera pulak..sebab panas tu.....

LANGKAH 1
Satukan serbuk almond dan gula icing. Kemudian ayak. Ketepikan

LANGKAH 2
Dalam bekas lain, pukul putih telur hingga kembang seperti gambar dgn mengunakan mixer dan berkelajuan max. Kemudian masukkan gula castor sedikit demi sedikit sambil terus memutar sehingga adunan kental dan bertanduk seperti gambar 1 (anggaran dlm 10 minit ). Adunan menjadi ringan dan gebu dan sedikit berkilat. Kalau kita terbalikkan mangkuk tu adunan putih telur tu tak jatuh. (bahagian ni kena pastikan adunan tu betul-betul kental).Tapi jgn terlebih pukul ye! dah bertanduk aje dah ok!

Masukkan 1/4 drp serbuk almond yg dah bercampur gula icing tadi ke dlm putih telur. Sebatikan hingga rata dgn cara kaup balik mengunakan spatula aje. Setelah rata masukkan semua baki serbuk almond sedikit sedikit dan gaulkan dgn kaedah yg sama sehingga adunan bergaul sempurna.

Kemudian boleh lah letak pewarna, Utk adunan ni boleh bahagi kepada 2 bahagian sahaja kerana adunannyer sedikit.

LANGKAH 3
Masukkan adunan tadi kedalam beg plastik atau piping beg.

LANGKAH 4
Kemudian picitkan atas bulatan yg telah kita buat atas kertas minyak tadi. Siapkan sampai habis.

Ambil toothpick, pecahkan mana-mana gelembung udara yg terbentuk di permukaan macaroons ini utk mengelakkan permukaan macaroon jd berlubang bila dibakar.

Rehatkan macaroon lebih kurang 30-45 minit. Pastikan macaroon benar-benar kering iaitu bila kita sentuh permukaan macaroon ia tak melekat dekat tangan. 

Panaskan oven 150c ( gunakan 140c) mengikut kepanasan oven. Oven jgn panas sangat kerana nanti macaroon pecah atau retak.

Letakkan tray di bahagian tengah dalam oven. Bakar selama 15-20 minit.

Setelah masak, letakkan macaroon bersama kertas minyak atas rack dan biarkan ia sejuk. Senangkan!

Bila dah sejuk boleh lah kita letak ganache apa-apa yg kita suka.Letak Nutella sedap!.

Friday, January 21, 2011

Al-Fatihah


Ini adalah gambar kenangan nenek ku.. Fatimah Binti Md Desa... Nenek kesayangan ku pergi buat selamanya pada 9.1.2011. Tak tahu apa nak tulis..Belum ada keizinan utk aku menulis.Rindu segalanya.. LOVE YOU ......Semoga Rohnya ditempatkan bersama-sama org2 yg beriman..Amin.

Saturday, December 11, 2010

Doorgift Choc Oreo

Gambar nie pulak tempahan coklat drpd jiran.. nak 300 pcs buat majlis pertunangan anaknyer..anyway thank you so much .. :-)

Sunday, November 28, 2010

Bday Boy ~ Airel Haziq Danial ~








My little prince is 5 !. How time flies by soo fast!... actually last minute buat persiapan.. byk kerja kat office.. huhuhu . Anyway, thank you so much for coming to my Prince birthday party. we had such a wonderful time, and it wouldn’t have been the same without you & your presence really made the day worthwhile. Thanks again.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...