Saturday, March 26, 2011

APAM POLKADOT



BAHAN-BAHAN ( 50 biji papercup medium )

3 biji telur-dari peti sejuk(gred A)
275 gm tepung gandum
220 gm gula halus
150 ml susu segar@susu cair
3 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovalette
filling-blueberry@strawberry@apa2 ikut citarasa
pewarna

CARA-CARA
1) Pukul telur putih sampai kembang

2) Kemudian masukkan ovelette, kuning telur dan esen vanilla - pukul sampai kembang lagi.

3) Pastu masukkan gula..pukul sampai kembang lagi.\

4) Masukkan tepung + baking powder selang seli dengan susu (masa ni kacau dengan senduk je.. bukan  dengan mixer.

5) Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan titiskan pewarna

6) Masukkan setiap warna dlm piping bag @ plastik bersih

7) picit adunan ke dalam mangkuk kertas

8) Letakkan inti - nak senang masuk dlm plastik pastu picit

9) Picitkan lagi adunan yang sama sehingga penuh = kemudian dot-dot kan dengan warna pilihan

10) Kukus 10-15 minit.

Thursday, March 24, 2011

MACAROON


Nak tunjukkan bagaimana nak buat macaroons. Rupanyer ramai juga peminat macaroon kat luar sana... walaupun macaroon ni manis tapi ada juga yg berkenan, tapi mmg betul walaupun macaroon ni manis tapi sedap tau! tak caya cuba buat... sebab apa tau ia ada rasa almond tu yg seronok aje makan pulak bila kita letak filling coklat... mmg feeling abis lah!

Sebenarnyer mira ni pun bukannyer pandai sangat nak mengajar buat macaroon ni..try buat macaroon yg paling mudah dan simple... harap2 lepas ni menjadilah ye!

Beberapa step membuatnyer..supaya lebih mudah,mula-mula kita tgk bahan-bahan yg diperlukan.

Sebelum kita nak mulakan untuk membuat pastikan semua bahan dlm keadaan kering. Serbuk almond tu pastikan dalam keadaan kering. Kalau ia macam lembab aje kita keringkan sekejap dalam oven, tapi jangan sampai terhangus pulak. Ok kalau takut terhangus jemur sekejap kat bawah matahari biar ia kering.

MACAROON

80g putih telur-suhu bilik anggaran 2 biji jika gred A
65g gula castor
80g serbuk almond
140g gula icing
perwarna

Ok utk perwarna pulak,kali ini guna yg serbuk lebih mudah! kang takut kalau guna yg jenis cair tu kang ada pulak yg tercurah lebih dan cair pulak adunan tu...... utk selamat kita guna yg serbuk.

Sebelum mula,kita sediakan dulang pembakar terlebih dahulu. Alas dulang pembakar dgn kertas minyak. Ambil duit syiling 20 sen dan lukis atas kertas minyak dan jarakkan setiap satu sebanyak 3cm.Terbalikkan kertas dan letak atas tray atau dulang pembakar. Ketepikan. Yang paling mudah kalau kita guna baking paper lebih mudah utk tanggalkan macaroon tu. Kalau guna kertas minyak,bila macaroon dah masak nanti lepas keluar oven terus pancit dgn air belakang kertas minyak. Biar sekejap nanti macaroon tu mudah tanggal.Hati-hati yer jgn sampai tercedera pulak..sebab panas tu.....

LANGKAH 1
Satukan serbuk almond dan gula icing. Kemudian ayak. Ketepikan

LANGKAH 2
Dalam bekas lain, pukul putih telur hingga kembang seperti gambar dgn mengunakan mixer dan berkelajuan max. Kemudian masukkan gula castor sedikit demi sedikit sambil terus memutar sehingga adunan kental dan bertanduk seperti gambar 1 (anggaran dlm 10 minit ). Adunan menjadi ringan dan gebu dan sedikit berkilat. Kalau kita terbalikkan mangkuk tu adunan putih telur tu tak jatuh. (bahagian ni kena pastikan adunan tu betul-betul kental).Tapi jgn terlebih pukul ye! dah bertanduk aje dah ok!

Masukkan 1/4 drp serbuk almond yg dah bercampur gula icing tadi ke dlm putih telur. Sebatikan hingga rata dgn cara kaup balik mengunakan spatula aje. Setelah rata masukkan semua baki serbuk almond sedikit sedikit dan gaulkan dgn kaedah yg sama sehingga adunan bergaul sempurna.

Kemudian boleh lah letak pewarna, Utk adunan ni boleh bahagi kepada 2 bahagian sahaja kerana adunannyer sedikit.

LANGKAH 3
Masukkan adunan tadi kedalam beg plastik atau piping beg.

LANGKAH 4
Kemudian picitkan atas bulatan yg telah kita buat atas kertas minyak tadi. Siapkan sampai habis.

Ambil toothpick, pecahkan mana-mana gelembung udara yg terbentuk di permukaan macaroons ini utk mengelakkan permukaan macaroon jd berlubang bila dibakar.

Rehatkan macaroon lebih kurang 30-45 minit. Pastikan macaroon benar-benar kering iaitu bila kita sentuh permukaan macaroon ia tak melekat dekat tangan. 

Panaskan oven 150c ( gunakan 140c) mengikut kepanasan oven. Oven jgn panas sangat kerana nanti macaroon pecah atau retak.

Letakkan tray di bahagian tengah dalam oven. Bakar selama 15-20 minit.

Setelah masak, letakkan macaroon bersama kertas minyak atas rack dan biarkan ia sejuk. Senangkan!

Bila dah sejuk boleh lah kita letak ganache apa-apa yg kita suka.Letak Nutella sedap!.

Friday, January 21, 2011

Al-Fatihah


Ini adalah gambar kenangan nenek ku.. Fatimah Binti Md Desa... Nenek kesayangan ku pergi buat selamanya pada 9.1.2011. Tak tahu apa nak tulis..Belum ada keizinan utk aku menulis.Rindu segalanya.. LOVE YOU ......Semoga Rohnya ditempatkan bersama-sama org2 yg beriman..Amin.

Saturday, December 11, 2010

Doorgift Choc Oreo

Gambar nie pulak tempahan coklat drpd jiran.. nak 300 pcs buat majlis pertunangan anaknyer..anyway thank you so much .. :-)

Sunday, November 28, 2010

Bday Boy ~ Airel Haziq Danial ~








My little prince is 5 !. How time flies by soo fast!... actually last minute buat persiapan.. byk kerja kat office.. huhuhu . Anyway, thank you so much for coming to my Prince birthday party. we had such a wonderful time, and it wouldn’t have been the same without you & your presence really made the day worthwhile. Thanks again.

Saturday, November 20, 2010

Tempahan utk VIP

A last minute order from Datuk..Luckly I was free the night before. Anyway, thanks for your order Datuk...

Wednesday, November 17, 2010

Easy Chocolate Cupcake

Bahan-Bahan 1 1/2 cawan tepung serbaguna 1/4 sudu teh baking soda 2 sudu teh baking powder 3/4 cawan serbuk koko tanpa gula secubit garam 3 sudu besar mentega 1 1/2 cawan gula kastor 2 biji telur 3/4 sudu teh esen vanila 1 cawan susu segar Langkah Panas kan ketuhar ke 350 darjah F.Putar mentega dan gula hingga kembangdan ringan.Masukkan telur sebiji demi sebiji dan putar. campurkan esen vanila.Campurkan masuk tepung berselang seli dgn susu.Kacau sehingga sebati.Tuang adunan dlm acuan hingga 3/4 dlm kertas cupcake dan bakar.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...