Saturday, November 20, 2010
Tempahan utk VIP
Wednesday, November 17, 2010
Easy Chocolate Cupcake
Tuesday, November 16, 2010
Red Velvet Cake
1/2 cawan mentega
1 1/2 cawan gula kastor
2 biji telur
6 sudu teh perwarna mknan merah
2 sudu besar serbuk koko tanpa gula
1 cawan buttermilk
1 sudu teh garam
2 1/2 cawan tepung serbaguna yg sudah diayak
1 sudu teh baking soda
1/2 cawan mentega
1 pek ( 8 auns ) keju krim
4 cawan gula ising
1 sdu kecil cuka / sunquick
1 sudu teh esen vanila
Ising Krim Keju
Pukul 1/2 cawan mentega,keju krim ,gula ising dan 1 sudu esen vanila hingga sebati dan kembang.
Langkah
Mcm biasa pukul mentega ,gula dan telur hingga kembang.Campurkan serbuk koko bersama pewarna merah hingga jadi pes.Campurkan ke dlm adunan mentega tadi.
Campurkan buttermilk,garam,baking soda dan cuka/sunquick ke dlm aduan tadi.masukkan tepung perlahan-lahan. Gaul dgn rata.
Tuangkan aduan kedlm tin kek.bakar selama 25-30 minit.Setelah masak biarkan kek sejuk.
Sapukan ising krim keju keatas kek.
Friday, October 15, 2010
Choc Lollipop
Friday, July 30, 2010
Minta Maaf
"Merendah diri tidak merendahkan martabat seseorang tetapi boleh meninggikan, maka hendaklah kamu merendah diri, moga-moga Allah akan meninggikan darjatmu. Memberi kemaafan tidak jatuh hina seseorang bahkan akan perolehi kemuliaan, maka hendaklah kita memberi kemaafan, nanti Allah akan memuliakan mu dan bersedekah tidak mengurangkan harta seseorang tetapi akan bertambah, maka bersedekahlah, nanti Allah akan merahmati mu."
Kepada semua teman-teman ku sekalian, janganlah sesekali ada terlintas di fikiran kita untuk cuba menyembunyikan kesalahan yang telah kita lakukan dan menafikanya dengan cara berbohong pula. Sebaliknya berbanggalah kalian jika dapat menewaskan nafsu dan perasaan marah terhadap sesuatu penganiayaan. Ingin dikongsikan satu cerita teladan yang wajar kita berikan perhatian bersama iaitu 'PEMAAF SEORANG SAHABAT'.
"Suatu hari, ketika Qais bin Asim duduk berehat. Masuklah jariahnya (hamba perempuanya) membawa panggang besi berisi daging panggang yang masih panas. Tanpa disengajakan, besi pemanggang itu jatuh terlepas dari tanganya, lalu menimpa anak kecil Qais. Anak itu menjerit kesakitan, lalu meninggal dunia. Qais menghadapi kejadian yang menyayat hati itu dengan tenang. Dia sedar semua itu adalah takdir Allah SWT. Dia memandang kepada jariahnya (hamba perempuannya) yang pucat lesi menggeletar ketakutan itu lalu berkata, 'AKU BUKAN SAJA TIDAK MARAH KEPADAMU, TETAPI MULAI HARI INI AKU MEMERDEKAKAN KAMU'... "
"Dan hendaklah mereka memaafkan serta melupakan kesalahan orang-orang itu, tidakkah kamu suka Allah memberi keampunan kepada kamu? dan Allah maha pengampun lagi maha mengasihani" ( Surah Al-Nur Ayat 22)
Tidak sesenang mengungkap perkataannya iaitu 'MAAF'. Meminta maaf sememangnya bukan bererti 'kalah' atau 'menang' tetapi mengakui kesilapan dan kelemahan diri untuk mencuba memperbaiki keadaan. Mengakui kesilapan dan seterusnya meminta maaf adalah sikap yang amat terpuji. Memang tidak ramai orang yang sanggup mengakui kesilapan diri, lebih-lebih lagi kepada orang yang di bawah 'kekuasaan' seperti seorang isteri. Tetapi sekiranya seorang suami itu sanggup mengakui kelemahan diri dan kesilapan yang dilakukanya, bererti dia seorang suami yang rasional dalam erti kata lain iaitu 'GENTLEMAN'. Tetapi walaubagaimanapun, seorang suami mesti menjaga kewibawaan dirinya. Janganlah pula terlalu kerap melakukan kesalahan dan asyik meminta maaf kepada isteri. Nanti ini akan merendahkan martabat suami dimata isteri dan jika ianya berlarutan, boleh membawa masalah dalam keluarga. Buat suami dan isteri hendaklah sering bermaaf-maafan bagi mengeratkan lagi hubungan agar ikatan kekeluargaan lebih utuh.
Kepada semua teman-teman ku sekalian, janganlah sesekali ada terlintas di fikiran kita untuk cuba menyembunyikan kesalahan yang telah kita lakukan dan menafikanya dengan cara berbohong pula. Sebaliknya berbanggalah kalian jika dapat menewaskan nafsu dan perasaan marah terhadap sesuatu penganiayaan. Ingin dikongsikan satu cerita teladan yang wajar kita berikan perhatian bersama iaitu 'PEMAAF SEORANG SAHABAT'.
"Suatu hari, ketika Qais bin Asim duduk berehat. Masuklah jariahnya (hamba perempuanya) membawa panggang besi berisi daging panggang yang masih panas. Tanpa disengajakan, besi pemanggang itu jatuh terlepas dari tanganya, lalu menimpa anak kecil Qais. Anak itu menjerit kesakitan, lalu meninggal dunia. Qais menghadapi kejadian yang menyayat hati itu dengan tenang. Dia sedar semua itu adalah takdir Allah SWT. Dia memandang kepada jariahnya (hamba perempuannya) yang pucat lesi menggeletar ketakutan itu lalu berkata, 'AKU BUKAN SAJA TIDAK MARAH KEPADAMU, TETAPI MULAI HARI INI AKU MEMERDEKAKAN KAMU'... "
"Dan hendaklah mereka memaafkan serta melupakan kesalahan orang-orang itu, tidakkah kamu suka Allah memberi keampunan kepada kamu? dan Allah maha pengampun lagi maha mengasihani" ( Surah Al-Nur Ayat 22)
Friday, July 23, 2010
Friday, July 16, 2010
Birthday Party Gift
Subscribe to:
Posts (Atom)









